Mengajar bahasa Melayu merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan.Bahasa merupakan ilmu bagi segala mata pelajaran.Murid dapat mempelajari serta menguasai mata pelajaran yang lain melalui bahasa.Selain itu bahasa amat sinonim dengan budaya,sahsiah,disiplin,nilai murni dan estetika.Melalui pelajaran bahasa murid belajar kemahiran mendengar,bertutur,bersoaljawab,berbincang,mengeluarkan pendapat,menterjemah sesuatu dalam bentuk penulisan atau pun kehidupan seharian.
Kejayaan murid menguasai pelajaran tidak bergantung kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari olek guru semata,sebaliknya semua guru perlu berinovasi meneroka apa saja cara supaya dapat menyampaikan sesuatu kemahiran ataupun aspek bahasa kepada murid yang telah diamanahkan kepada kita.
Sebagai seorang guru ,kita perlu berusaha menjadi guru cemerlang dengan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.Peluan nilah yang perlu direbut oleh guru untuk menyediakan permainan ang bolh menjerat mereka ke arah prngisian ilmu bahasa.
Pengalaman bergelar guru banyak menngajar erti kedewasaan dan keyakinan diri melalui kebijaksanaan,kebolehan,gerak rasa.Murid lebih terbuka dalam menimba ilmu kerana mereka memerlukan ruang,iaitu tidak tertekan dengan situasi.
Kebahgiaan guru bahasa dalam persada keguruan hanyalah apabila anak didik mereka berjaya,tahu membezakan yang baik atau buruk,berakhlak,beragama,berilmu dan mengamalkan ilmu dengan baik demi kehidupan mulia di dunia dan akhirat.Demikianlah seninya mengajar bahasa Melayu iaitu sebahagian daripada cabang kebudayaan hidup yang sukar disusun dengan kata kerana yang indah itu bahasa.Jadilah guru bahasa yang berbisa sengatnya supaya anak didik kita boleh berbahasa mengikut bdaya hidup masyarakat Malaysia yang tidak wajar dicemari,meskipun zaman silih berganti.
No comments:
Post a Comment