Sunday, 11 November 2012

Gaya Penyampaian Guru

                                            Assalammualaikum
Sekiranya anda sudah terlanjur memilih kerjaya keguruan sebagai profesion anda, maka anda perlu sedar bahawa senja yang paling ampuh untuk seseorang  guru
nmkkhgfhu adalah cara atau gaya penyampaiannnya iaitu suarany

Guru perlu sedar bahawa dalam banyak hal,teknik yang digunakan oleh guru untuk menarik minat murid adalah penting.Guru yang menggunakan nada yang terlalu rendah atau nyaring dalam penyampaian isi pengajarannya akan menimbulkan masalah.Guru yang tidak menggunakan alat bantuan mengajar mungkin akan menyebabkan pengajarannya membosankan.Di samping itu,terdapat juga guru yang bercakap terlalu laju dan menggunakan banyak perkataan hingga murid-murid tidak faham apa-apa yang cuba disampaikan oleh guru.

Intonasi atau lagu bahasa yang mendatar seperti intonasi yang disuarakan daripada robot pasti akan mengendurkan  minat murid-murid untuk terus mendengar suara guru.Bagi murid-murid yang berumur lapan tahun mereka mempunyai masalah untuk memproses ayat-ayat yang mengandungi lebih daripada tiga belas patah perkataan.
Kesimpulannya,cara penyampaian guru termasuk nada suara,cara bercakap atau memberikan arahan dan hubungan mata atau eye contact merupakan elemen yang sangat penting dalam pelajaran.Tiada gunanya guru bercakap terlalu laju dan terlalu banyak tetapi tidak berjaya menyampaikan isi pengajaran yang penting kepada murid-murid.Oleh itu,bagi guru-guru yang mempunyai masalah seperti itu perlu kembali semula kepada teknik asas mengajar iaitu bercakap dengan jelas,lancar,dan menggunakan perbendaharaan kata yang sesuai menurut peringkat umur murid.

No comments:

Post a Comment